ALBUM SITI NURHALIZA :: JERAT PERCINTAAN ::
Syukur Alhamdulillah
ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya juga maka lahirlah album pertama
daripada CT untuk anda semua.
Di kesempatan ini,
CT ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka
yang selama ini bersusah payah dalam membantu CT di dalam bidang yang sudah
menjadi darah daging CT, tak lain dan tak bukan ialah bidang seni.
Ucapan terima kasih CT pertama kali buat seluruh ahli keluarga terutama ibu dan ayah CT yang banyak memberi sokongan dan semangat kepada CT, ayah saudara CT iaitu En. Rahim bin Bachik yang banyak memberi tunjuk ajar kepada CT, abang CT (Ayie), Kak Zie, seluruh ahli keluarga Polis di Kuala Lipis.
Especially Tuan Lufti (bekas KPD Lipis) sekeluarga yang banyak membantu CT, Tuan Hasbullah & Puan Aida (isteri) serta keluarga, Kombo Polis Kuantan serta seluruh ahli PERKEP. Tak lupa juga kepada keluarga Sek. Men. Clifford iaitu guru-guru CT yang understanding, teman-teman sekolah serta seluruh kakitangan kebudayaan Yayasan Pahang.
To my sporting produser, Mr. Adnan Abu Hassan, Mr. Sham Hussain pengurus artis, Abang Bard dan Kak Azura serta kakitangan yang lain. Thank you so much !!! Begitu juga para komposer, penulis-penulis lirik, Hentjie, backing vocalist, Vincent yang sama-sama bersusah payah di Studio Big Boss kita Mr. Tan, terima kasih.
Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pihak RTM yang telah menaikkan nama CT, TV3, Media cetak dan elektronik, para wartawan, DJ-DJ yang sentiasa ceria serta semua individu yang telah menjayakan dalam pembikinan album CT, sokongan anda amat CT hargai dan untuk itu terimalah...............
Untuk Bakal Peminat-peminat CT. Tanpa Anda siapalah CT.
©Copyright Firdaus Anuar 2000-2001