ALBUM SITI NURHALIZA :: KONSERT MEGA SITI NURHALIZA BUKIT JALIL 2001 ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana album Konsert Mega Siti Nurhaliza di Bukit Jalil pada 30 Jun 2001 yang lalu akhirnya menemui anda semua.Alhamdulillah,Konsert tersebut mendapat sambutan hangat para peminat dan ianya merupakan kenangan yang sukar untuk Siti lupakan.

Terlalu banyak 'nostalgia' konsert tersebut dan Siti terpaksa berkorban masa dan tenaga demi melaksanakan sesuatu yang terbaik buat para peminat semua.Konsert tersebut merupakan 'luahan hati' Siti buat peminat semua dan tentunya Siti menampilkan kelainan untuk menjadikan konsert tersebut tersendiri.

Pada kesempatan ini,Siti ingin merakamkan penghargaan kepada:-
-Suria Records diatas kesudian bekerjasama menerbitkan album ini.Terima kasih
-SNP( M) Sdn.Bhd kerana berjaya merealisasikan impian dan cita² Siti untuk konsert ini
-Penganjur konsert,Kompleks Sukan Negara yang memberi peluang dan ruang.
-Pak Ngah (pengarah konsert) dan Ramli M.S ( pengarah muzik ) kerana 'mencetuskan' sesuatu yang berharga untuk konsert Siti.
-Seluruh pemuzik moden(Lepih Band?)pemuzik tradisional ( Swakarya ) serta Jay Dancers dan penyanyi latar,Swara
-Penari² Yayasan Warisan Johor yang sanggup datang dari jauh membantu menceriakan segmen tradisional.
-Terima kasih juga kepada tenaga pengajar Swatari...khususnya kepada Mak Ngah serta penglibatan,Swatari dalam konsert Siti kali ini.
-Pasukan Kawad Senyap TLDM,Lumut yang memberikan satu kelainan dalam konsert Siti dan menjayakan satu lagi impian Siti.
-Ahli² Gimrama dibawah bimbingan Petrina Low.....terima kasih.Kenangan zaman sekolah Siti ungkapkan dalam segmen ini.Penghargaan khusus juga kepada Lana yang banyak membantu.
-Bagi segmen nostalgia,Siti ingin merakamkan penghargaan kepada Persatuan Masyarakat Vespa Selangor dan juga Encik Alias yang sudi menaja kereta KLASIC COBRA.
-Juga kepada Nurul Shukor yang menata rias dan gaya Siti serta Michael Ong yang bertanggungjawab mereka pakaian Siti.
-Terima kasih juga para penaja yang terlibat untuk konsert kali ini.Terima kasih daun keladi....
-Semua individu yang terlibat secara langsung @ tidak secara langsung dalam menjayakan Konsert Mega yang lalu.

Setinggi penghargaan kepada Tan Sri Dato' S.M Salim kerana sudi berduet untuk lagu Pandang²-Jeling² dalam konsert Siti.Begitu juga kepada pencipta lagu,penulis lirik dan penyanyi asal lagu² untuk segmen nostalgia yang Siti nyanyikan,terima kasih.

Semoga album ini akan menjadi koleksi peribadi para pemninat Siti dan kerana penganjuran konsert Siti ini di dedikasikan kepada anda.

Beli yang asli!!!

Salam Manis

©Copyright Firdaus Anuar 2000-2002