Assalamualaikum
& Salam sejahtera
Salam wasilah buat semua peminat
Siti yang masih menantikan kemunculan album tradisional terbaru daripada
Siti. Alhamdulillah, Berkat doa dan restu semua pihak, album ini menemui
anda juga akhirnya.
Kemunculan "Sanggar Mustika" ini memberi makna baru dalam perjalanan seni Siti. Kerjasama tiga orang tenaga penerbit iaitu Pak Ngah, abang Ramli M.S dan Uncle S.Atan benar-benar memberikan Siti keyakinan untuk memperjuangkan irama yang kita sanjung tinggi ini.
Seribu Penghargaan buat semua pencipta
lagu dan penulis lirik yang telah memberikan karya besar anda kepada Siti
untuk dikongsi bersama masyarakat.... Setiap karya anda telah menghidupkan
semula budaya turun menurun dan insyaAllah Sit akan terus berjuang untuk
memberikan nyawa kepada setiap ilham yang tercipta.
Tidak lengkap kata jika tidak mengucapkan setulus penghargaan dan terima kasih kepada keluarga yang tidak pernah jemu dibelakang Siti serta pengurusan syarikat SRC dan seluruh kakitangannya. Tidak lupa juga Siti ucapkan terima kasih kepada pihak media cetak dan media elektronik diatas sokongan yang kalian berikan. Begitu juga dengan usaha tenaga disebalik tabir pembikinan album ini seperti jurutera bunyi dan para pemuzik yang turut sama membantu. Terima kasih.
Buat peminat Siti tidak kira dimana sahaja anda berada, lagu-lagu Siti masih lagi bernafas kerana ada sokongan anda semua yang masih mempercayai bakat Siti.
Tidak lupa Siti selitkan 2 buah lagu nostalgia sebagai menghargai perjuangan mereka yang terlebih dahulu berbakti kepada dunia seni iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Bunga Melor) dan... Toh Puan Rafeah Buang (Bisikan Hati). Semoga lagu ini akan memberi kekuatan kepada Siti untuk teruk memperjuangkan seni kepada masyarakat.
Akhir kata, terimalah "Sanggar Mustika" dan selamat terhibur. Salam Wasilah
- Siti Nurhaliza -
Penerbit
Eksklusif :
Tan Su Loke Penerbit : Pak Ngah, Ramli M.S & S.Atan Penyelaras
Produksi : Jason Foo A&R
Coordinator : Zulkefli Majid Pengurus
Promosi : Bard Unit
Promosi : Ariffin, Mie, Rahayu & Sabariah
(Singapura) Juru Adun
: Wong, Vincent, Koh & Ramli MS Studio
Rakaman : Pro Recording Studio (Cheras
Perdana) Juru Solek
: Nurul Fotografi
: Bustamam Mokhtar Konsep Cover :
Rauna Jud Mastering:
Genesis Mastering Lab. Sdn. Bhd Penaja
Pakaian : (Baju Hijau/Butik Embun)
a1. Nirmala (5.36)
Lagu : Pak Ngah (Pak Ngah Production
Sdn. Bhd)
Lirik : Ce' Kem (Pak
Ngah Production Sdn. Bhd)
a2. Joget Senyum Memikat (4.28)
Lagu : S.Atan (Sri Dondang Publishing)
Lirik : Nurul Asyidin (Suwah
Music Publishing Sdn. Bhd)
a3. Panas Berteduh Gelap Bersuluh (5.51)
Lagu : Khir Rahman (Suwah Music
Publishing Sdn. Bhd)
Lirik : Siti Nurhaliza (Suwah
Music Publishing Sdn. Bhd)
a4. Bisikan Hati (4.11)
Lagu / Lirik : Haimon Abd Rahman
(EMI Publishing (M) Sdn. Bhd)
a5. Badarsila (4.24)
Lagu : Suflan Faidzal (Pak Ngah
Production Sdn. Bhd)
Lirik : Lokgha (Suwah Music
Publishing Sdn. Bhd)
b1. Syair Kamelia (5.00)
Lagu : S.Atan ( Sri Dondang Publishing)
Lirik : Nurul Asyiqin (Suwah
Music Publishing Sdn. Bhd)
b2. Di Batas Masa (5.40)
Lagu : Naim (Suwah Music Publishing
Sdn. Bhd)
Lirik : Habsah Hassan (EMI
Publishing (M) Sdn. Bhd)
b3. Sulam Sembilan (4.09)
Lagu : Pak Ngah (Pak Ngah Production
Sdn. Bhd)
Lirik : Lokgha (Suwah Music
Publishing Sdn. Bhd)
b4. Bunga Melor (3.49)
Lagu : P.Ramlee (EMI Publishing
(M) Sdn. Bhd)
Lirik : S.Sudarmaji (EMI
Publishing (M) Sdn. Bhd)
b5. Kurik Kundi (5.49)
Lagu : Pak Ngah (Pak Ngah Production
Sdn. Bhd)
Lirik : Nurul Asyiqin (Suwah
Music Publishing Sdn. Bhd)
® All Rights Reserved By Firdaus
Anuar© 2000-2002
Opened Since : Januari 2000
Website Address : channelfirdaus.cjb.net
Alternative Address : firdausonline.cjb.net
or : channel-firdaus2486.cjb.net
Webmaster Email : cayrull_azahar@yahoo.com