ALBUM SITI NURHALIZA :: AKU CINTA PADAMU ::
Bersyukur Siti sekali
lagi ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga Siti menghasilkan
album kedua Siti khas buat anda semua.
Di kesempatan ini
Siti ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang banyak
memberi dorongan dan nasihat buat anaknya ini. Begitu juga kepada teman-teman
seperjuangan serta peminat-peminat tersayang. Kata-kata nasihat dan perangsang
anda akan Siti pegang sebagai pedoman di dalam menempuhi liku-liku dan
onak duri dunia seni yang penuh mencabar ini.
Special thanks Siti khas buat orang yang berada di sebalik kejayaan Siti selama ini. Mereka ialah keluarga SRC, especially Big Boss kita Mr. Tan & family, thanks for your support. Mr. Foo, abg. dee & family, abg. Sham & family dan terima kasih yang tak terhingga pada PRO SRC iaitu abg. Bard, abg. Joe dan kak Nieta (kita kerja kuat). Serta tak lupa terima kasih Siti kepada mereka yang menjayakan cover album Siti, terima kasih kak Nurul.
Begitu juga kepada penerbit album Siti kali ini, Mr. Adnan yang tidak jemu-jemu membimbing Siti. Kepada komposer yang menyumbangkan lagu di dalam album Siti kali ini. Terima kasih kerana sudi meyumbangkan kreativiti anda yang merupakan pengalaman bagi Siti dalam membawakan pelbagai rentak.
Kepada penerbit LY (Anne) dan Azmeer (lembik) pengalaman bekerja dengan anda cukup menyeronokkan (yes boss). Kepada backing vocal terima kasih kerana kerja keras anda.
Ucapan terima kasih Siti kepada orang yang menentukan jatuh bangun Siti sebagai artis iaitu kepada pihak media cetak dan elektronik, DJ-DJ radio di seluruh M’sia, S’pore dan Brunei, producer TV, TV1-RTM, TV3, Astro, MetroVision, TCS an RTVB dan juga pada semua editor, reporter dan jurugambar di seluruh tanahair dan S’pore.
Akhir kata terimalah hadiah daripada Siti buat peminat dan pencinta seni.
Maaf dan wassallam.
©Copyright Firdaus Anuar 2000-2001