ALBUM SITI NURHALIZA :: SAHMURA ::
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah... Pabila album ini berada di pasaran di genggaman kalian, seharusnya kita bersyukur kerana abad berganti abad tetapi album tradisional kita masih terus bernadi.
Amanat dipikul ini merupakan amanat perintis bagi memastikan pada abad ke 21 ini, khazanah budaya kita terus kekal dan tidak mati ditelan zaman.
Dalam dunia serba canggih ini, kita masih mampu memelihara budaya yang terbina zaman berzaman. Ia juga menjadi perlambangan bangsa kita yang disanjung tinggi dengan adab terpuji serta kehalusan seni yang sukar dinilai dengan kata-kata.
Terimalah "Permulaan Untuk Seribu Tahun Lagi - Sahmura" daripada Siti. Apakah untuk seribu tahun akan datang, masih ada album tradisional kita? Inilah permulaannya untuk seribu tahun lagi.
Terima kasih penuh berbudi buat semua pihak yang menjayakan penerbitan album ini terutamanya Suria Records. Para penerbit, pencipta lagu, penulis lirik, pemain muzik, penyanyi latar dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan "Sahmura" dipasarkan. Pada semua media elektronik dan cetak, terima kasih di atas sokongan anda.
Kitalah yang memulakan, dan jangan kita yang mengakhiri! Biarkan ia kekal... Laksana Sahmura, yang terus menyinar.
Salam ikhlas daripada Siti dan dapatkan Sahmura yang asli. Terima kasih.
©Copyright Firdaus Anuar 2000-2001