|
Cari-Cari
Usah lagi
kau berdiam diri
Cari-cari
kau perlu mencari
Andai
kata kau masih di sini
Mengharapkan
warnanya pelangi
Bercerita
dan memuji diri tetap jua kau masih di sini
Jangan
pula kau salahkan nanti irihati yang merosak diri
Buka mata
dan lihatlah ke damlam diri
Buka
minda cari-cari kepincangan sendiri
Hasad
dengki menguasai hati kini
Kan menjadi
senjata yang memakan diri
Cari-cari
kau perlu mencari
Usah
lagi kau khayal bermimpi
Tak mungkin
adanya nanti bulan turun ke pangkuan diri
Cindai
Cindailah
mana tidak berkias
Jalinnya
lalu rentah beribu
Bagailah
mana hendak berhias
Cerminku
retak seribu
Mendendam
unggas liar di hutan
Jalan
yang tinggal jangan berliku
Tilamku
emas cadarnya intan
Berbantal
lengan tidurku
Hias
cempaka kenanga tepian
Mekarnya
kuntum nak idam kumbang
Puas
ku jaga si bunga impian
Gugurnya
sebelum berkembang
Hendaklah
hendak hendak ku rasa
Puncaknya
gunung hendak ditawan
Tidaklah
tidak tidak ku daya
Tingginya
tidak terlawan
Janganlah
jangan jangan ku hiba
Derita
hati jangan dikenang
Bukanlah
bukan bukan ku pinta
Merajuk
bukan berpanjangan
Akar beringin
tidak berbatas
Cuma
bersilang paut di tepi
Bidukku
lilin layarnya kertas
Seberang
laut berapi
Gurindam
lagu bergema takbir
Tiung
bernyanyi pohonan jati
Bertanam
tebu di pinggir bibir
Rebung
berduri di hati
Laman
memutih pawana menerpa
Langit
membiru awan bertali
Bukan
dirintih pada siapa
Menunggu
sinarkan kembali
Canggai
Canggailah
kanan hai derik kanan berderik
Melangkah
anak ular berbelit kaki alahai
Andai
tersalah langkah lekas mencari arah
Lah inang
uleknya inang
Canggailah
kiri hai derik kiri berderik
Bagai
melangkah bayam menabur bayam alahai
Andai
tingkah bercanggah canggai lengan diubah
Lah inang
uleknya inang
Ala inang
ala inang ala hai
La ulek
ya ulek sayang
Lenggoknya
alahainya inang berpasang-pasangannya
Hai melangkah
ke kiri dan ke kanan
Ala inang
ala inang ala hai
La ulek
ya ulek sayang
Eloknya
alahai tarinya berpusinglah berpusing
Hai sekata
ke kanan dan ke kiri
Hai eloknya
hai indahnya tarian gemalai
Tarian
di kaki bercanggai
Hai eloknya
hai menawan hai lenggangnya
Berlenggok
tarian di kaki bercanggai
Canggailah
lama hai derik tidak berderik
Canggai
tersimpan sisip cucurnya atap alahai
Sepakat
dan bersantun inang tari menyusun
Bagaikan
sirih dijunjung
Inang
gemalai inang di julai
Bagailah
nan terongkai kata berangkai
Madah
berbungkal belum tercanai
Bagailah
nan mengusap bahasa berungkap
Kata
berhajat yang belum tersurat