Lirik Lagu 'L'

Laksamana Mati Dibunuh

Sayang laksamana mati dibunuh
Mati dibunuh datuk menteri
Sayang laksamana mati dibunuh
Aduhailah sayang
Mati dibunuh datuk menteri

Tuan umpama minyak yang penuh
Sedikit pun tidak melimpah lagi
Tuan umpama minyak yang penuh
Aduhailah sayang
Sedikit pun tidak melimpah lagi

Sayang laksamana mati dibunuh
Mati dibunuh datuk panglima
Sayang laksamana mati dibunuh
Aduhailah sayang
Mati dibunuh datuk panglima

Bukan tanaman tak mahu tumbuh
Laksamana sayang
Kiranya bumi tak menerima

Bukan tanaman tak mahu tumbuh
Aduhailah sayang
Kiranya bumi tak menerima

Lela Manja

Mengapalah nasib
Adikku manja
Apalah nasib
Jadi begini
Menanggung seksa
Adikku manja
Menanggung seksa setiap hari

Mak tak ada (2x)
Ayah tak kembali
Adikku manja
Mak tak ada
Ayah takkan kembali
Aduhailah manja azabnya kita
Dibuat mak tiri

Kalaulah ada adikku manja (2x)
Kalaulah ada emak sejati
Tentulah kita adikku manja
Tentulah kita tak jadi begini

Dimaki dihamun (2x)
Setiap hari
Adikku manja
Dimaki dihamun setiap hari
Aduhailah manja dibuat seperti hamba abdi

Laguku Di Hatimu

Kan ku daki gunung impian penuh cabaran
Kan ku harung lautan cita dalam kesabaran
Kan ku tawan sinaran bintang di genggaman awan
Ku satukan menjadi restu
Perjalanan rentasi perjuanganku

Laguku bertakhta di hatimu
Menggetar rasa
Tepukan bergema mempesona
Daku bahagia

Walau apa ku tempuhi
Kau tetap setia di sisi
Suka duka silih berganti
Menguji diri

Ada waktunya dugaan
Sehingga mencabar keimanan ini
Namun langkahku tidak terhenti

Laguku bertakhta di hatimu
Menggetar rasa
Tepukan bergema mempesona
Daku bahagia

Pimpinlah tanganku pada sinar
Yang paling terang
Semoga diriku tidak malang
Dan jua kecundang...

Lenggang Lenggok

Lenggang lenggok bergaya senyum manisnya
Sunguh menawan
Paras cantik memikat gaya manjanya
Hati tertawan
Rambut panjang berjurai hitam berkilat
Mayang mengurai
Lemah lembut gayanya tersenyum simpul
Lemah gemalai

(Noraniza)
Resah jangan diharap pagi yang cerah
Bawa bersenda
Usah bagaikan dedap sungguhpun merah
Harum tiada

(Siti)
Bukan kerana mawar kumbang mengidam
Seri gubahan
Intan tetap bersinar walau terbenam
Di perlimbahan

(ulang korus)

(Siti)
Cantik baju kebaya pukau warnanya
Berbunga jarang
Baik budi bahasa walau kemana
Dikenang orang

(Noraniza)
Segar dingin terasa bayu membelai
Tiada henti
Biar miskin kelana asalkan pandai
Mengambil hati
 

Lelaki ( warkah seorang anak )

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan

( korus )
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

( solo )

( ulang korus )

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA

Langkah Di Persada

Satu demi satu rahsia
Hadir menyentuh rahsia
Dalam duka dalam gembira
Melangkah terusan jua

Disini... bermula
Genggam impian nyata
Disini... saatnya
Mencapai bintang
Di angkasa... bercahaya

Berliku jalan ditempuhi
Lautan di renangi
Selagi upaya berdiri
Satukan impian suci

Disini... bermula
Sinar menusuk jiwa
Disini... saatnya
Mengatur langkah
di persada... bahagia

( korus 1 )
Satu harapan dalam impian
Teguh di hati bukan khalayan
Berhias seribu kenangan
Menyulam kemesraan
Sinaran gemilang menanti
Hadir impian abadi

( solo )

Berliku jalan ditempuhi
Lautan di renangi
Selagi upaya berdiri
Satukan impian suci

Disini... bermula
Sinar menusuk jiwa
Disini... saatnya
Mengatur langkah
Di persada... bahagia

( korus 2 )
Mekar bersemi ikrar dihati
Tiada kilauan mengunci diri
Selagi bersinar mentari
Tiada gentar diuji
Sinaran gemilang menanti
Hadir impian abadi

( solo )

Disini... bermula
Genggam impian nyata
Disini... saatnya
Mencapai bintang
Di angkasa... bercahaya

( ulang korus 1 )

Disini... bermula
Sinar menusuk jiwa
Disini... saatnya
Mengatur langkah
Di persada... bahagia

( ulang korus 2 )

Lembaran Cinta Pudar

"Sayang...surat ini ku tulis dikejauhan malam...
Ketika hujan gerimis...
Biarpun bercinta dengan mu sungguh indah...
Namun memutuskannya aku terluka...
Tapi biarlah kekecewaan hari ini
Dari nanti kehilangan harga diri
Aku telah tiba dipenghujung kesabaran
Sebelum lebih menderita
Biarlah aku yang memberikan keputusan..."

Noktah dibaris akhir...
Ku redha keputusan suratan takdir
Telah lama menunggu
Masa yang berharga sesia berlalu
Kau memberi harapan yang
Palsu...

( korus )
Oh... oh...
Kerana tiada
Pendirian yang nyata
Kututupi lembaran
Cinta pudar...

Tiada ketelusan
Tiada keberanian
Lama menanti
Jawapan pasti
Terkulai kini
Mimpi... Mimpi...

( solo & ulang korus 2X)

Dengan lembaran ini
Akan tiada lagi
Yang asyik menghitung hari dalam mimpi
Oh... mimpi...

"Selesai surat ini kau tatapi...
Aku harap kau mengerti...
Setelah ini antara kita
Akan tiada pertemuan lagi..."

Lakaran Kehidupan

Kau cuba mencari dan kau amati
Hakikat hidup ini
Seribu nan kisah dirasai
Di pentas lakonan diri

Lakaran kehidupanmu
Tertulis kini
Semua telah termetri
Yang pasti ketentuannya nanti
Suatu hari kan terbukti

( korus )
Wahai insan apa kau cari
Hidup penuh ilusi
Suka duka datang berganti-ganti
Cuma keikhlasan di jiwa
Menjadi harta berharga
Sucikan hati pasti sinar menjelma

Di kananmu budi kirimu duri
Pilihanmu sendiri
Usahlah kabur di persimpangan
Tetapkan mana haluan

Lakonan di pentas ini
Akan terhenti
Pabila tibanya hari
Yang pasti ketentuannya nanti
Suatu hari kan terbukti

( ulang korus 2X )

Lagu Gembira

( 1 )
2BY2:
Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu

SN:
Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu

( 2 )
2BY2: & SN:
Ho... ho... ho... ho...
Ho... ho... ho... ho...
2BY2:
Ha ha ha ha...
SN:
Ha ha ha ha...
2BY2: & SN:
Ha ha ha ha...

( korus )
2BY2: & SN:
Ku menghibur hati duka
Hilang nestapa datang suka
Bintang di balik awan senyum
Lalala... Lalala...
Lalala... Lalala...

( ulang 1, 2, korus )

Lalala... Lalala...
Lalala... Lalala...