Selamat Datang ke ruangan MY IDOLA -SITI NURHALIZA



Sejak kecil, Siti merupakan seorang kanak kanak yang lasak. Ketika itu, Siti tinggal di Berek Polis, KampungAwah, Temerloh, Pahang. Dalam usia yang masih muda, Siti sudah berani panjat pokok dan kebanyakkan rakan rakannya ketika itu ialahlelaki. Selain bermain ke sana ke mari, Siti juga gemar bergayuh basikal kelilingkampung.

Sifat tegas bapanya dalam Jabatan Polis membuat Siti terikut ikut dengan gaya dan ketegasan bapanya itu. Selain itu, Siti pernah bercita cita menjadi seorang Inspektor.

Mungkin disebabkan cita cita tersebut, gaya dan lagak Siti tidak seperti anak anak gadis lain. Siti gemar berambut pendek para tengkuk dan bergaya dengan pakaian lelaki seolah olahlelaki.

Bagaimanapun, sikap tersebut tidak kekal lama. Ketika Siti berusia 10 tahun, Siti mula berubah sikap apabila didesak oleh ibunya menjualkuih. Perangai tomboy sedikit demi sedikit berubah dan Siti mula berjinak jinak dengan baju kurung serta pakaian pakaian wanita yang lain.

Dalam usianya yangmasih remaja, Siti selalu menyertai pertandingan pertandingan menyanyi di Pahang.Tidak ketinggalan, Siti juga mengadakan persembahan di majlis majlis perkahwinan.

Pada tahun1995, Siti 'mempertaruhkan' lagu 'Camar yang Pulang' yang pernah dipopularkanoleh penyanyi kesayangannya,Aishah; di Bintang HMI'95.  Hasil daripadapertandingan itu, Siti telah bergelar juara dan seterusnya ditawarkan menjadiartis milik SRC Records ketika usianya 17 tahun.

Album pertama Siti berjudul 'Siti Nurhaliza' telah memberikan 'jalan' yang amat cerahsekali, penyampaiannya dalam album ini amat membanggakan dan penuh penghayatan.Lagu 'Jerat Percintaan' ciptaan Adnan Abu Hassan berjaya meletakkan Siti ditahap yang tinggi ketika lagu ini menjuarai Juara Lagu 96. Pada ketika ini,masyarakat mula mengambil perhatian kepada Siti.

Sejurus selepas kemenangan di Juara Lagu 96, album kedua Siti telah dipasarkan ; ini menimbulkan'kontroversi' di kalangan peminat seni kerana mereka berpendapat, album ini agaktergesak gesak dikeluarkan. Tapi semua kenyataan ini lenyap apabila lagu 'AkuCinta Padamu' dinobatkan sebagai Juara Balada 97 hasil ciptaan komposer Ly danBaiduri. Lebih 'mengukuhkan' apabila jualan album ini melebihi 100 ribu unit.

Pada tahun 1998, 'menampakkan'tahun rezeki kepada Siti; apabila Siti muncul dengan album irama pop tradisional merupakan 'percubaan kepada Siti selepas lagu 'Sri Mersing' yang dimuatkan dalamalbum pop Siti yang kedua menerima respon yang baik. Lagu 'berhantu' Cindai bukan sahaja sering menjadi 'pilihan' orang ramai, malah telah dinobatkansebagai juara di Juara Lagu 98. Istimewa pada Juara Lagu 98, Siti merupakan artis pertama melayakkan diri dalam ketiga tiga kategori iaitu kategori Balada,'Wajah Kekasih' Kategori Poprock, 'Bisikan Asmara' dan kategori Irama Malaysia 'Cindai'.

Lebih membanggakan, apabila pada tahun itu juga, Siti telah diberi penghormatanmengadakan persembahan di Sukan Komenwel 98 bersama Noraniza Idris (Siti juga merakamkan album 'Seri Balas' bersama beliau), Anuar Zain dan beberapa artis lain...

Pada tahun 1999,merupakan tahun 'tuah' kepada Siti. Siti telah menerima banyak anugerah menerusi AIM 99, Anugerah Skrin Bintang Popular, Juara Lagu 99 dan yang lebihmembanggakan Siti telah menaikkan nama negara apabila mewakili Malaysia ke duapertandingan diluar negara iaitu, PertandinganLagu Antarabangsa Pasifik Selatan 1999Siti memenangi Persembahan Vokal Wanita Terbaik dan Lagu Pop Terbaik We'llBe As One dan di Shanghai, China Festival Muzik Asian Shanghai 1999menerima Pingat Emas menerusi lagu Purnama Merindu. Istimewanya,Siti telah dipilih menjadi model kepada Maybelline, Pepsi,Mineral Blue dan DutaP.B.S.M

Tidak cukup dengan itu, Siti telah mengadakan Konsert pertamanya di Stadium Bukit Jalil pada 30 Oktober 99 berjaya 'menarik' seramai 10,000 orang peminatnya. Dan hasil daripada konsertini, syarikat rakamannya telah mengeluarkan VCD,Kaset dan juga CD dalam pek yangcukup istimewa. :-) 

Alaf baru (2000) 'disambut'dengan kehadiran album 'Sahmura'  merupakan album pop tradisional Siti yang ke 2, menampakkan jauh lebih menyerlah berbanding album Cindai dan mendapatsambutan yang amat menggalakkan. Lebih mengejutkan apabila Siti telah mengadakan Konsertnya yang kedua di Singapura dengan meriahnya; disamping itu Siti jugatelah diberi penghormatan untuk menjayakan Konsert 'Diva' di Singapura bersama Anita Sarawak, Hetty Koes Endang dan Sheila Majid.

Tahun 2000 ini nampak lebih bermakna apabila Siti diumumkan sebagai pemenang AnugerahKembara Malaysia  di malam AIM 2000, dan beberapa anugerah lain. Status Siti di Malaysia, bukan saja dikenali di Malaysia malah di Brunei,Singapura, Jepun dan Indonesia dimana Siti telah dinobatkan sebagai Artis Wanita Terbaik (berkongsi bersama Kris Dayanti) oleh Anugerah Planet Muzik 2000di Indonesia.

Pada 8 April2001 yang lalu, Siti telah menerima "Most Awards Won" didalam Malaysia Book OfRecords. 'Kontroversi'nya di AIM 2001 menampakkan lebih sengit apabila tahun iniSiti bukan merupakan calon 'favourite' pada tahun ini apabila saingan Siti iaituNora. Tetapi Siti masih membuktikan 'kehebatannya' apabila mengondol duaanugerah iaitu Vokal Wanita Terbaik dan Album Pop Etnik Terbaik... Syabas Siti!
 
 


Kenali Siti Nurhaliza
Nama : Siti Nurhaliza Bt Tarudin
T.Lahir : 11 Januari 1979
T. Lahir : Kampung Awah,  Temerloh,Pahang
Bintang : Capricorn
Cita-Cita Asal : Polis
Hobi : Membaca,Menari,Memasak

Kegemaran Siti Nurhaliza
Warna : Hijau,Biru,Ungu,Putih
Makanan : Makanan Thai & Pedas
Minuman : Air Mineral
Penyanyi : Celine Dion
Pelakon : Julia Roberts 

          

 

bisikan asmara

Eksklusif : Ringtones Nokia Edisi lagu-lagu Siti Nurhaliza [Masuk]

EDISI EKSKLUSIF CT

album siti & Lirik Lagu siti
photogallery
anugerah

©Copyright Firdaus Anuar 2000-2002

 Laman Utama | Rangkaian Terbaik | In Person | Sahabat Webmaster | Photo Albums
| Idola Webmaster  | Games Show Play | Kata-kata Hikmat | Snozone | Credits | Isi Kandungan